Pada tahun 1580, Bernard Plissy iaitu orang yang pertama memberikan huraian tentang kitaran air, huraian beliau telah diterima pakai hingga ke hari ini. Beliau menjelaskan tentang bagaimana air tersejat dari lautan ke udara, lalu membentuk awan. Awan-awan kemudiannya bergerak menuju ke kawasan pedalaman, dan turun sebagai hujan. Seterusnya, air yang turun sebagai hujan akan membentuk menjadi tasik-tasik dan anak-anak sungai, dan ia akan mengalir ke lautan dan kitaran ini akan berterusan.
Pada kurun yang ke-7 sebelum masihi, “Thales of Melitus” mempercayai bahawa air di permukaan laut dibawa oleh angin ke kawasan pedalaman, dan turun sebagai hujan. Pada zaman dahulu, manusia tidak mengetahui punca sebenar air di bawah tanah. Sebaliknya, mereka percaya air di permukaan lautan ‘ditekan’ oleh angin ke kawasan pedalaman dan air ini kembali ke laut melalui ‘satu jalan rahsia’ yang dikenali sebagai ‘Great Abyss’. ‘Jalan rahsia’ ini juga dikenali sebagai ‘Tartarus’ semenjak zaman Plato. Descartes, seorang ahli fikir yang hidup pada abad ke-18, juga menerima pendapat ini. Fahaman ini digunakan hingga abad yang ke-19. Walau bagaimanapun, melalui penemuan sains moden pada hari ini, kita dapat mengetahui bahawa air hujan yang memasuki rekahan-rekahan pada permukaan bumilah yang menyebabkan wujudnya air di bawah tanah. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang kitaran air ialah :
((Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya..)) (Surah Az-Zumar: 21)
((..dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal)) (Surah Ruum : 24)
((dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran ; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.)) (Surah Al-Mu’minuun : 18)
Perlu diingat di sini bahawa, pada masa itu (pada tahun 1400 semasa Al-Quran diturunkan) tidak ada penerangan yang begitu jelas tentang kitaran air sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran.
ANGIN MENCANTUMKAN AWAN
((Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu..)) (Surah Al-Hijr: 22)
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menerangkan bahawa angin sebagai pencantum awan, dan ia juga penyebab kepada hujan dan petir. Dalam ayat ini, perkataan “lawaaqih” digunakan. Perkataan asalnya ialah “laqaha” dan perkataan jama’nya ialah “laqih”. la bermaksud bercantum. Dalam ayat Al-Quran di bawah, Allah S.W.T. menceritakan tentang perkara yang sama.
((Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki- Nya dan menjadikannya bergumpal- gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah- celahnya, maka hamba- hamba-Nya yang dikehendaki- Nya tiba- tiba mereka menjadi gembira.)) (Surah Ar ruum : 48)
Sekarang, dengan bantuan alatan teknologi canggih, manusia dapat membuktikan kebenaran Al-Quran. Ini kerana, proses kitaran air yang diceritakan dalam Al-Quran adalah menyamai fakta sains moden. Proses kitaran air juga diceritakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain antaranya ; surah Ali-’Imran : 9, surah Al-’Araaf : 57, Surah Ar-Ra’du : 17, Surah Al-Furqaan: 48-49, Surah Yaasin : 34, Surah Qaaf : 9-11, Surah Al-Waaqi’ah : 68-70, Surah Al-Mulk : 30 dan Surah Ath-Thariq : 11.
Kesimpulannya, sains moden menerima 100% huraian yang terdapat dalam Al-Quran mengenai kitaran air.
Sumber: ridzuan1706.wordpress.com