Hidup/Bukan Hidup

PELAN PENGAJARAN (RPH)


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 



Mata pelajaran              : Dunia Sains dan Teknologi

Kelas                            : Tahun 1

Tarikh                           : 20 Mac 2012

Masa                            : 9.00 – 10.00 pagi

Bilangan Murid              : 13 orang

Bidang Pelajaran           : Sains Hayat


Tema                            : 

Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup 


Standard Kandungan    

1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup


Standard Pembelajaran  : 

1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup 

1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan
      

Objektif Pembelajaran   : 

Mengenal pasti benda hidup dan bukan hidup


Hasil Pembelajaran       : 

Di akhir sesi pembelajaran ini , murid dapat: 

A. Menguasai isi kandungan 

a. menjelaskan dengan contoh benda hidup dan bukan hidup 

b. menyatakan manusia, haiwan dan tumbuhan adalah benda hidup

c. membuat kesimpulan tentang perbezaan benda hidup dan bukan hidup 


B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

a. memerhatikan dengan menggunakan deria penglihatan untuk mengumpulkan maklumat tentang benda hidup 

b. mengelaskan dengan menggunakan pemerhatian untuk mengasingkan benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri yang sama 
 

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni     

a. minat dan sifat ingin tahu tentang sekeliling

b. bertanggungjawab terhadap ke atas alam sekitar

c. menghargai keseimbangan alam semula jadi


Konsep/prinsip/hukum/teori : 

Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

a. Alam benda terbahagi kepada benda hidup dan benda bukan hidup

b. Benda hidup adalah organisma

c. Benda bukan hidup tidak melalui proses hidup

d. Manusia, haiwan dan tumbuhan adalah benda hidup

e. Buku, pensel, batu, anak patung adalah benda bukan hidup


Bahan/peralatan/bahan sumber :

1. Kad gambar benda hidup dan benda bukan hidup

2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian

3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian

4. Lembaran Kerja 3 – Pengayaan


Langkah berjaga-jaga :

Berhati-hati ketika berjalan di kawasan persekitaran sekolah.


Pengetahuan sedia ada :

Murid tahu terdapat banyak benda di persekitaran mereka. Murid tahu adanya manusia, haiwan dan tumbuhan di sekeliling mereka dan tahu manusia, haiwan dan tumbuhan adalah benda hidup. Murid juga tahu tentang adanya benda bukan hidup seperti buku, pensel, anak patung dan sebagainya.

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN


    LAMPIRAN


     A. Bulatkan benda- benda hidup




    B. Bulatkan Benda Bukan Hidup




    C. Tandakan ( / ) bagi benda hidup dan ( X ) bagi benda bukan hidup




    MAKRO PENGAJARAN


    Mata Pelajaran   : Dunia Sains dan Teknologi 

    Kelas                   : Tahun 1 

    Masa                   : 9.00 – 10.00 pagi 

    Tajuk                    : Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup


    BAHAGIAN 1



    BAHAGIAN 2




    UJI MINDA


    TEKA SILANG KATA




    MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI




    CANTUMKAN GAMBAR BENDA HIDUP



    無料ブログパーツ