Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Salam ukhuwah yang berpanjangan buat semua rakan seperjuangan..

Alhamdulillah..hari ini 28 Februari 2012, mengambil keberkatan sempena hari ulang tahun kelahiran, saya mulakan penulisan blog ini. Ibarat anak kecil yang baru bertatih, sangat kerdil rasanya menempuh gelombang teknologi pendidikan yang kian deras arusnya. Biar begitu, masih ada ruang luas untuk terus menuntut ilmu dan mempelajari sesuatu yang baru. Jangan biarkan diri terkebelakang kerana anak didik memerlukan guru yang berkemahiran tinggi bagi menyediakan modal insan cemerlang buat menerajui warisan kepimpinan bangsa Malaysia yang mampu bersaing di persada dunia. Mungkin akan ada banyak kelemahan di laman blog ini tapi orang tua-tua selalu berkata..'saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.' Mudah-mudahan segala yang terpapar di laman blog ini, mampu membawa manfaat dan memberi nilai tambah kepada diri dan anak didik kita...amin. Jumpa saya selalu di laman ini...salam mesra!



無料ブログパーツ