Katak pun boleh menyanyi. Cuba dengar...=)

Fakta- Fakta Menarik Mengenai Buaya


Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun dan induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Pada musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya.

Terdapat 23 jenis buaya di seluruh dunia termasuk Crocodilian, Alligator, Gharial serta Caiman. Antara semua jenis tersebut, buaya muara, Crocodilus Porosus, adalah yang terbesar.

Fakta- fakta  menarik mengenai buaya: 

  • Gigi baru buaya akan tumbuh menggantikan gigi yang tanggal.
  • Buaya tidak boleh menjulurkan lidahnya.
  • Buaya merupakan binatang yang setia dengan pasangannya sampai akhir hidup.

Sains Comot - Gunung Berapi

Color Changing Milk

Proses Kitaran Air Menurut Al-Quran dan Sains



Pada tahun 1580, Bernard Plissy iaitu orang yang pertama memberikan huraian tentang kitaran air, huraian beliau telah diterima pakai hingga ke hari ini. Beliau menjelaskan tentang bagaimana air tersejat dari lautan ke udara, lalu membentuk awan. Awan-awan kemudiannya bergerak menuju ke kawasan pedalaman, dan turun sebagai hujan. Seterusnya, air yang turun sebagai hujan akan membentuk menjadi tasik-tasik dan anak-anak sungai, dan ia akan mengalir ke lautan dan kitaran ini akan berterusan.
Pada kurun yang ke-7 sebelum masihi, “Thales of Melitus” mempercayai bahawa air di permukaan laut dibawa oleh angin ke kawasan pedalaman, dan turun sebagai hujan. Pada zaman dahulu, manusia tidak mengetahui punca sebenar air di bawah tanah. Sebaliknya, mereka percaya air di permukaan lautan ‘ditekan’ oleh angin ke kawasan pedalaman dan air ini kembali ke laut melalui ‘satu jalan rahsia’ yang dikenali sebagai ‘Great Abyss’. ‘Jalan rahsia’ ini juga dikenali sebagai ‘Tartarus’ semenjak zaman Plato. Descartes, seorang ahli fikir yang hidup pada abad ke-18, juga menerima pendapat ini. Fahaman ini digunakan hingga abad yang ke-19. Walau bagaimanapun, melalui penemuan sains moden pada hari ini, kita dapat mengetahui bahawa air hujan yang memasuki rekahan-rekahan pada permukaan bumilah yang menyebabkan wujudnya air di bawah tanah. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang kitaran air ialah :

((Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya..))  (Surah Az-Zumar: 21)
((..dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal)) (Surah Ruum : 24)
((dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran ; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.)) (Surah Al-Mu’minuun : 18)
Perlu diingat di sini bahawa, pada masa itu (pada tahun 1400 semasa Al-Quran diturunkan) tidak ada penerangan yang begitu jelas tentang kitaran air sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran.
ANGIN MENCANTUMKAN AWAN

((Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu..)) (Surah Al-Hijr: 22)
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menerangkan bahawa angin sebagai pencantum awan, dan ia juga penyebab kepada hujan dan petir. Dalam ayat ini, perkataan “lawaaqih” digunakan. Perkataan asalnya ialah “laqaha” dan perkataan jama’nya ialah “laqih”. la bermaksud bercantum. Dalam ayat Al-Quran di bawah, Allah S.W.T. menceritakan tentang perkara yang sama.

((Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki- Nya dan menjadikannya bergumpal- gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah- celahnya, maka hamba- hamba-Nya yang dikehendaki- Nya tiba- tiba mereka menjadi gembira.)) (Surah Ar ruum : 48)

Sekarang, dengan bantuan alatan teknologi canggih, manusia dapat membuktikan kebenaran Al-Quran. Ini kerana, proses kitaran air yang diceritakan dalam Al-Quran adalah menyamai fakta sains moden. Proses kitaran air juga diceritakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain antaranya ; surah Ali-’Imran : 9, surah Al-’Araaf : 57, Surah Ar-Ra’du : 17, Surah Al-Furqaan: 48-49, Surah Yaasin : 34, Surah Qaaf : 9-11, Surah Al-Waaqi’ah : 68-70, Surah Al-Mulk : 30 dan Surah Ath-Thariq : 11.

Kesimpulannya, sains moden menerima 100% huraian yang terdapat dalam Al-Quran mengenai kitaran air.

Sumber: ridzuan1706.wordpress.com

Fakta-Fakta Menarik Dunia Haiwan

Tahukah anda mengenai ikan paus biru? 


Ikan paus biru atau nama saintifiknya Balaenoptera musculus adalah haiwan terbesar di bumi. Ada yang mungkin tidak tahu bahawa ikan paus biru adalah haiwan yang mempunyai suara paling keras. Suara ikan paus biru lebih keras berbanding bunyi enjin motosikal Harley Davidson. Lebih mengagumkan lagi bahawa suara ikan paus biru lebih keras jika dibandingkan dengan bunyi ledakan bom!!! Suara ikan paus tersebut adalah 188 desibel. Angka ini bersamaan dengan satu juta kali suara mesin jet (yang mencapai tingkat kekerasan suara 120-130 desibel). Perlu diingat bahawa tingkat kekerasan suara bertambah secara logaritma. Ini bererti setiap kenaikan sepuluh desibel bererti peningkatan intensiti suara hingga sepuluh kali. 


Anti- Gravity Water

Kecilnya Bumi Ku

Asal Usul Alam Semesta ( Menurut Sains & Al- Quran)



Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta ini bermula daripada satu bahan yang tunggal dan homogen iaitu sama dengan bahan kamilan padu yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya ayat 30. Bahan ini mempunyai keamatan yang amat tinggi dan tidak terhingga. Asimov [1982] menyatakan: “ pada tahun 1927, ahli matematik Belgium Abbe Georges Edouard Lemaitre menyarankan bahawa semua jirim asalnya datang daripada satu telur kosmos yang mempunyai kepadatan yang amat sangat, yang meledak dan melahirkan alam semesta yang kita ketahui pada hari ini.

Teori Big Bang ini tidak dipersetujui oleh ramai saintis. Mereka mempersoalkan jika ada letupan mesti ada kesan radiasinya?. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka COBE ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahawa wujudnya kesan radiasi tersebut dan telah menafikan teori-teori sebelum ini. Penemuan terbaru ini merupakan penjelasan secara ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta ini terjadi dari asal ketiadaan. Fakta yang baru ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam Quran. Jawapan tepat hanya pada Pencipta-Nya iaitu Allah Taala. 

“ Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”. Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)

“[Ingatlah] pada hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas. Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah kami akan ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh kami, sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”
Surah Al-Anbiya’ ayat 104.

“Aku tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka, dan tidaklah Aku mengambil orang-orang sesat itu sebagai pembantu.”  
Surah Al-Kahfi ayat 51.

ALAM SEMESTA MENURUT AL- QURAN


Quran secara jitu menyatakan bahawa alam semesta ini dijadikan oleh Allah Taala. Ayat Quran Surah Al-Sajdah ayat 4 menyebut:

“ Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy”.

Konsep hari yang disebut dalam ayat di atas sebanyak enam tidak merujuk kepada hari seperti yang difahami oleh kita pada hari ini. Ia merujuk kepada hari yang sesuai dengan masa mula alam ini terjadi dan berakhir dalam ketentuannya yan tersendiri. Hal ini dijelaskan oleh Syeikh Fadhlalla Haeri seperti berikut: “ Yawn is a day, a day is a sequence in time that has a beginning and an end and has it own particular characteristics. A day from the Quranic point of view is a period of a different states. The morning is different from the afternoon and the beginning is different from the end.”

S.A. Mabud menegaskan bahawa konsep enam hari [sittati ayyam] yang di sebut dalam ayat di atas merujuk kepada hari dan masa di sisi Allah Taala, bukannya seperti fahaman kita hari ini. Ia boleh jadi lama dan boleh jadi singkat.

Benarlah ketika Allah menyebut dalam firman-Nya. “ Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit ketika itu masih merupakan asap..” [ Fussilat 41:11].

Istilah ‘dukhan’ merujuk kepada sesuatu yang terhasil berupa asap, kabus ataupun gas. Jadi ayat di atas antara lain memberi penjelasan tentang asal langit itu berupa asap atau gas. Daripada bahan-bahan inilah terbentuknya langit dan kemudiannya di pisahkan. Ayat Quran 21: 3 menyebut:

“ Tidakkah orang-orang kafir itu mengetahui bahawa langit-langit dan bumi asalnya satu gumpalan, lalu kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan dari air itu segala sesuatu yang hidup, apakah mereka tidak beriman?”.
Menurut ayat di atas, semua zat benda yang ada di bumi dan di langit [matahari, bulan, planet-planet serta bintang-bintang] semuanya berasal dari satu benda, kemudian dipisahkan ole Allah lalu menjadi benda-benda kosmos. Ini juga membawa erti bahawa bahan-bahan asas yang ada di alam ini mengandungi unsur-unsur yang sama. [A.R. Syahab, Assamawaat, penerbit C.V. karunia,1977, hlm. 107.] Perbezaan yang berlaku adalah setelah bahan-bahan asas itu bertindak balas dalam masa yang lama dan berubah menurut kesesuaian tempatnya tanpa menghilangkan bahan asasnya sama sekali. 

Kenyataan ayat di atas di sokong oleh penemuan saintifik sejak akhir-akhir ini. Prof. Yoshida Kozai, Pengarah Kaji Bintang di Tokyo mengungkapkan bahawa langit berasal daripada asap [dukhan]. Fenomena ini sudah dilihat kini dengan adanya satelit dan kapal angkasa yang dilancarkan untuk mengambil gambar-gambar tersebut secara lebih dekat. Daripada gambar sebuah bintang di langit ketika dalam proses dalam pembentukannya, terdapat di tengah-tengahnya asap yang menjadi bahagian bersinar daripada bintang tersebut. Di sekeliling bintang tersebut terdapat asap dan mengitari asap tersebut terdapat pula garis merah sebagai penunjuk bahawa suhu di situ sangat tinggi. Sebelumnya saintis menduga bahawa lagit berasal dari kabus tebal. Andaian tersebut tertolak sebab kerana sifat kabus adalah dingin dan beku sementara sifat asap adalah panas dan bergerak. Profesor ini terkejut apabila dihujahkan kepadanya bahawa kenyataan tersebut telahpun diungkapkan oleh Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.

Peristiwa yang sama berlaku kepada Dr. Astrokh salah seorang pakar daripada NASA. Beliau berkata: “Kami telah melakukan banyak percubaan terhadap logam-logam yang ada di bumi. Tetapi satu-satunya logam yang membingungkan saintis sehingga kini ialah besi. Sifat kimianya memiliki ciri khusus. Untuk menyatukan atom elektron dan proton yang terdapat pada besi itu memerlukan kekuatan yang dahsyat yang mencapai 4 kali kekuatan yang ada pada panas matahari. Oleh kerana itu tidak mungkin besi tercipta di bumi, dan pasti memerlukan unsur asing yang datang ke bumi”. Apabila dibacakan kepadanya ayat Quran: “ Dan Kami turunkan besi yang ada padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia”. Surah Al-Hadid 57:25. Beliau berkata, “Kalimah ini tidak mungkin berasal dari ucapan manusia”.

Science is amazing

The Amazing Glass Of Water Science Stunt


When the paper is on the upside down glass, the air/press outside trying to get in the glass/water create a seal with even pressure all along the edge/lip of the glass. Therefore the air can't get in or out. As a result, the water does not spill out. As soon as one part of the edge is lift away, the pressure is not the same at the point of no contact, so the air pushes its way in causing the water to flow out.

Fun With Science

Fruit - Power Battery

 

Jelajah Dunia Sains

Mari jelajahi dunia sains bersama- sama saya. Pelbagai perkara menarik mengenai sains wujud di alam maya ini. Sains sangat menarik dan seronok untuk dipelajari kerana seluruh alam semesta ini adalah berkaitan dengan sains. Teruja rasanya dapat mengajar tentang sains kepada murid- murid saya. Selamat mengembara...


無料ブログパーツ