Ikan paus biru atau nama saintifiknya Balaenoptera musculus adalah haiwan terbesar di bumi. Ada yang mungkin tidak tahu bahawa ikan paus biru adalah haiwan yang mempunyai suara paling keras. Suara ikan paus biru lebih keras berbanding bunyi enjin motosikal Harley Davidson. Lebih mengagumkan lagi bahawa suara ikan paus biru lebih keras jika dibandingkan dengan bunyi ledakan bom!!! Suara ikan paus tersebut adalah 188 desibel. Angka ini bersamaan dengan satu juta kali suara mesin jet (yang mencapai tingkat kekerasan suara 120-130 desibel). Perlu diingat bahawa tingkat kekerasan suara bertambah secara logaritma. Ini bererti setiap kenaikan sepuluh desibel bererti peningkatan intensiti suara hingga sepuluh kali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam,
Tahniah kerana pengisian blog yang menarik dan melengkapi.
Tahniah, maklumat yang berguna dan menarik.
Tahniah...da lengkap
Post a Comment